HARDWARE


Kejayaan Kedai Hardware (bahan mentah pembinaan) Cina

Jika saya ke mana mana saya sering melihat bagaimana kedai hardware cina ini beroperasi. Jika anda tanya kebanyakan kontraktor, kedai hardware cina atau melayu yang mereka suka? Pasti jawapannya ialah kedai Hardware Cina. Walaupun kedai hardware cina.mereka bersebelahan,perniagaan mereka masih boleh maju.Anda tidak rasa pelik ke? Rahsia mereka ialah mereka jual kepercayaan & rasa hormat. Mereka benar benar tahu apa yang mereka jual.Mereka tidak loket memberi khidmat nasihat secara percuma jika anda bertanya.Ia menyebabkan anda/kontraktor berasa gembira dan akan datang lagi membeli kerana mereka membantu anda.
Jika seorang kontraktor yang ingin “masuk tender”,anda mintak la quotation dari mereka dan bandingkan dengan quotation anda.Tanya mereka jika perbezaan harga dengan quotation anda,mereka tanpa segan silu akan menurunkan harga barangan mereka mengikut kemahuan anda.Anda pasti akan ke sana lagi jika ia lebih murah.
Ia berlainan dengan pembekal melayu yang hanya ingin menjual.Malah yang menjual tidak tahu langsung tentang yang dijual. Jadi bagaimana anda nak membeli jika penjual tidak tahu tentang apa yang anda hendak.Ini yang tidak ada pada kebanyakan usahawan melayu. KadangĂ‚² mereka sendiri tidak tahu tentang apa yang dijual. Orang jual barang hardware,aku pun nak jual barang hardware. Perangai ikut orang itulah yang membinasakan perniagaan mereka.
Selain itu mereka mempunyai networking dan persatuan yang pasti akan membantu jika ahli mereka menghadapi masalah.